TOC

This article is currently in the process of being translated into Malay (~99% done).

Bermula:

Hello, world!

Jika anda pernah belajar bahasa pengaturcaraan, anda pasti mengetahui bahawa semuanya bermula dengan contoh "Hello, world!", dan siapalah kita untuk memecahkan teadisi itu? Mulakan Visual Studio Community (yang telah diperkenalkan dalam topik sebelum ini), dan pilih File -> New -> Project. Daripada dialog projek, pilih Console App (.NET framework). Ini adalah jenis aplikasi paling asas di dalam sistem Windows, tetapi ia sangat bagus digunakan untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan. Seusai anda menekan butang ok, Visual Studio akan mewujudkan satu projek baru buat anda, termasuklah fail yng dipanggil Program.cs. Di sinilah di mana keseronokan bermula, dan pengakhirannya harus kelihatan seperti berikut:

using System;
using System.Collections.Generic;
using System.Linq;
using System.Text;
using System.Threading.Tasks;

namespace ConsoleApp1
{
    class Program
    {
static void Main(string[] args)
{
}
    }
}

Sebenarnya kesemua baris kod di atas tidak membuatkan kita mencapai apa-apa, tapi sekurang-kurangnya kita mampu melihat hasilnya. Cuba jalankan aplikasi tersebut dengan menekan butang F5 di papan kekunci anda. Ini akan membuatkan Visual Studio menyusun dan melaksanakan kod anda, tetapi seperti anda lihat, ia tidak membuat apa-apa sangat. Anda hanya akan melihat tetingkap hitam dilancarkan dan ditutup kembali. Ini adalah kerana aplikasi kita tidak membuat apa-apa lagi. Dalam topik seterusnya, kita akan menyusuri baris-baris kod ini untuk melihat siapakah mereka, akan tetapi pada masa sekarang, kita benar-benar ingin melihat sedikit hasilnya, jadi marilah kita berpura-pura seolah-olah kita mengetahui kesemuanya tentang C# dan tambahkan beberapa baris kod untuk mendapatkan sedikit hasil. Dalam set{ } terakhir, tambahkan baris kod berikut:

Console.WriteLine("Hello, world!");
Console.ReadLine();

Kod bagi aplikasi pertama anda sepatutnya kelihatan seperti berikut:

using System;
using System.Collections.Generic;
using System.Linq;
using System.Text;
using System.Threading.Tasks;

namespace ConsoleApp1
{
    class Program
    {
static void Main(string[] args)
{
Console.WriteLine("Hello, world!");
Console.ReadLine();
}
    }
}

Sekali lagi, tekan butang F5 untuk menjalankannya, dan anda akan dapat melihat tetingkap hitam yang tidak terpadam seperti di permulaan tadi dan sekarang ia sudah memaparkan salam kita kepada dunia. Okay, jadi sebelum ini kita telah menambah dua baris kod, tetapi apakah yang ia lakukan? Satu daripada benda bagus tentang C# dan .NET framework adalah fakta yang mengatakan banyak kod nya boleh digunapakai walaupun di mata mereka yg tidak terlatih, yg mana ditunjukkan oleh contoh aplikasi ini.

Baris kod pertama menggunakan kelas Console untuk menghasilkan sebaris teks, dan baris kod console kedua membaca baris teks daripada console. Membaca? Mngapakah? Sebenarnya ini adalah sedikit helah, kerana tanpanya, aplikasi tadi hanya akan berakhir dan menutup tetingkap bersama hasilnya sebelum sesiapa dapat melihatnya.

Arahan ReadLine memberitahu aplikasi untuk menunggu input dari pengguna, dan seperti yang anda dapat lihat, tetingkap window sekarang akan membenarkan anda untuk memasukkan teks. Tekan butang Enter untuk menutupnya. Tahniah, anda baru sahaja membuat aplikasi C# pertama anda! Teruskan pembacaan ke topik seterusnya untuk lebih maklumat tentang apa yang sedang berlaku

This article has been fully translated into the following languages: Is your preferred language not on the list? Click here to help us translate this article into your language!